Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PESANAN HARI RAYA PRESIDEN HALIMAH YACOB

Walau kecewa perlu fahami langkah perketat lindung dari virus

May 12, 2021 | 05:30 AM



LANGKAH keselamatan lebih ketat bagi Covid-19 adalah wajar untuk melindungi hidup warga Singapura, kata Presiden Halimah Yacob, yang turut menggesa semua penduduk di sini memainkan peranan untuk mengatasi pandemik ini.



Bercakap demikian dalam pesanan Hari Raya Aidilfitri semalam, Puan Halimah berkata adalah mengecewakan Muslim di sini terpaksa menyambut perayaan itu, esok, dalam keadaan pandemik.



"Adalah boleh difahami, sebahagian daripada kita kecewa selepas langkah pengurusan selamat diperketat baru-baru ini, kerana Hari Raya dari dulu lagi adalah untuk kita menikmati masa dengan keluarga dan kawan. Saya juga telah berharap untuk menerima kunjungan anak-anak dan keluarga mereka," kata beliau.



"Namun saya berharap kita semua faham langkah-langkah ini wajar untuk melindungi semua warga Singapura, memandangkan varian virus baru telah dikesan dan jumlah kes dalam masyarakat yang bertambah."



Singapura telah memperketat peraturan bagi perhimpunan sosial sejak Sabtu, sebahagian langkah untuk mengekang penularan Covid-19 dalam masyarakat.



Sehingga 30 Mei, individu hanya dibenarkan berhimpun dalam kumpulan lima orang, berbanding lapan orang sebelum ini. Sekatan serupa juga dikenakan kepada isi rumah, yang kini hanya boleh menerima kunjungan lima pelawat berbeza dalam sehari.



Ini juga bermakna bagi tahun kedua berturut-turut, Muslim di sini perlu menyesuaikan cara mereka menyambut perayaan ini. Hari Raya Aidilfitri tahun lalu jatuh pada 25 Mei, tujuh minggu selepas tempoh pemutus litar bermula, dan kegiatan kunjung-mengunjungi tidak dibenarkan.



Dalam pesanannya itu, Puan Halimah berkata beliau telah bertemu beberapa kumpulan warga Singapura yang berbeza pada bulan Ramadan ini.



Ini termasuk pekerja dalam sektor jagaan kesihatan dan keselamatan, yang bekerja tanpa lelah untuk memastikan Singapura selamat dan dilindungi, serta mereka yang bekerja dalam sektor khidmat sosial, untuk memberi bantuan dan keceriaan kepada golongan yang memerlukan bantuan dalam masyarakat, kata Puan Halimah.



"Saya berbesar hati melihat semua orang ceria dan menunjukkan nilai-nilai Ramadan, iaitu belas kasihan, empati dan pengorbanan'', kata beliau.



Puan Halimah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua Muslim.




"...Saya juga telah berharap untuk menerima kunjungan anak-anak dan keluarga mereka.

"Namun saya berharap kita semua faham langkah-langkah ini wajar untuk melindungi semua warga Singapura, memandangkan varian virus baru telah dikesan dan jumlah kes dalam masyarakat yang bertambah.''

- Presiden Halimah Yacob 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >