Walau pandemik, tempahan korban dalam, luar negara menggalakkan, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:39
Syuruk
6:56
Zuhur
1:00
Asar
3:59
Maghrib
7:02
Isyak
8:11
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Walau pandemik, tempahan korban dalam, luar negara menggalakkan

Jul 19, 2021 | 05:30 AM

BEBERAPA penyedia khidmat ibadah korban di dalam dan luar negara berkata tempahan korban agak memberangsangkan tahun ini.

Memberi perangkaan terkini, JKMS berkata sebanyak 3,838 kambing telah terjual sehingga tarikh tutup pendaftaran pada 13 Julai lalu.

Ini satu peningkatan 30 peratus berbanding 2,954 kambing yang ditempah pada tahun lalu.

Pengerusi JKMS, Encik Mohamad Rafi Eusope, berkata pihaknya akan memantau dengan teliti bekalan kambing korban dari Australia dan akan bekerjasama dengan agensi-agensi tempatan untuk menjayakan operasi korban, serta pengagihan daging korban dengan cara selamat kelak, seperti mana yang diamanahkan masyarakat Islam Singapura.

"Tahun ini, lebih banyak masjid telah menyertai operasi Korban 2021, dan secara berkelompok, 51 masjid kami akan memastikan segolongan masyarakat kita yang memerlukan seperti keluarga penerima zakat, keluarga yang mempunyai anggota yang dipenjara dan individu yang menghidap sakit kronik jangka panjang sama-sama dapat merasai nikmat korban," kata beliau.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Antara masjid yang menawarkan kambing ialah Masjid Al-Amin dan Masjid Jamiyah Ar-Rabitah, yang menyaksikan kadar tempahan yang menggalakkan.

Pengerusi kedua-dua masjid itu, Encik Muhd Khairul Jameel Yahya, berkata lebih 100 kambing telah ditempah di Masjid Al-Amin, dengan sebahagian daripada penjualan kambing itu disalurkan kepada dana pentadbiran masjid bagi kerja-kerja peningkatan yang kini memerlukan lagi $1.5 juta.

Sementara itu, 46 kambing telah ditempah di Masjid Jamiyah Ar-Rabitah.

Terdapat juga ramai rakyat Singapura yang menempah ternakan dengan syarikat lain yang menjalankan ibadah korban di luar negara.

Misalnya Madrasah Al-Maarif bekerjasama dengan pesantren di Indonesia sejak 12 tahun lalu bagi mengagihkan daging korban kepada penduduk yang memerlukan.

Ini merupakan kali kedua pegawai madrasah itu tidak turun padang, sebaliknya akan menyaksikan upacara korban pada Aidiladha nanti melalui aplikasi Zoom.

Ustaz Jalaluddin Hassan, pengarah urusan Jalaluddin Services, berkata mereka telah menerima lebih 2,000 tempahan kambing di Indonesia. Sementara itu, lagi 800 tempahan ternakan kambing, lembu dan unta telah dibuat di negara lain seperti di Arab Saudi, Kemboja, Yemen dan Mesir.

Disebabkan langkah sekatan pergerakan yang dilaksanakan di Indonesia kini akibat jumlah kes jangkitan yang melonjak, ibadah korban hanya boleh dijalankan pada hari tasyrik, iaitu 21, 22 dan 23 Julai.

"Kita mematuhi protokol keselamatan yang ditetapkan pemerintah daerah, dan alhamdulillah, berbekalkan protokol yang kita juga jalankan di Singapura, saya mengambil langkah menggabungkan kedua-duanya untuk memastikan korban kita berjalan lebih lancar dan baik," kata Ustaz Jalaluddin, yang kini berada di Indonesia.

Syarikat dagang haiwan ternakan Aaliyah's Pte Ltd pula bekerjasama dengan ladang ternakan kambing tempatan Hay Dairies untuk mengadakan ibadah korban di Singapura - satu-satunya upacara korban yang akan dijalankan di sini.

Sebahagian besar daripada 100 kambing yang ditawarkan sudah pun ditempah walaupun harganya agak mahal antara $1,400 dengan $2,000 seekor, dengan syarikat itu masih lagi menerima tempahan bagi baki kambing yang ada sehingga hari ini.

Pengarah Aaliyah's, Encik Nizari Mohd Eunos, menjelaskan bahawa kambing yang dijual itu adalah jenis American Nubian dan berat seekor kambing antara 60 kilogram dengan 120 kilogram, yang bermakna daging korban yang akan dibawa pulang adalah lebih banyak daripada kambing biasa.

Antara mereka yang menempah kambing menerusi Aaliyah's ialah Cik Hazidah Mohamed Eunos, 51 tahun.

"Saya telah ke ladang itu dan lihat sendiri kambing yang akan dikorbankan. Kambingnya sihat, cantik, bersih dan memenuhi rukun untuk korban. Oleh sebab saya ada rezeki sedikit, saya mahu berkongsi dengan keluarga, rakan dan golongan kurang bernasib baik dan memberikan mereka jenis kambing premium yang terbaik," kata beliau.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map