KORONAVIRUS: PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN M’SIA
Walau prihatin tentang keluarga, pekerja pembersihan pilih tinggal di SG
Mar 20, 2020 | 05:30 AM
APABILA kali pertama dimaklumkan tentang pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan di Malaysia baru-baru ini, Encik Samsuddin Mohamad pada mulanya seperti tidak percaya.
Ketika itu, kakitangan syarikat pembersihan Cleaning Express Atalian itu sedang bertugas di Singapura apabila isteri beliau menghubunginya.