Walau sibuk belajar sempat berbakti kepada masyarakat

Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, tiga siswazah daripada Universiti Teknologi Nanyang (NTU) tidak berasa terhambat dalam meraih kejayaan dengan kepujian kelas pertama dalam jurusan masing-masing. Wartawan Berita Minggu SHAHIDA SARHID (sshahida@sph.com.sg), NUR SYAMIMI AWALLUDIN (nsyamimi@sph.com.sg) dan SITI NUR ALIAH GHAZALI (sghazali@sph.com.sg) melaporkan.

WALAUPUN sibuk mengejar kecemerlangan akademik demi mengejar cita-cita menggenggam segulung ijazah, siswazah Universiti Teknologi Nanyang (NTU), Encik Mohammad Syafiq Mohammad Suhaini, tidak pernah lupa memperuntukkan masa dan tenaga berbakti kepada masyarakat.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan