Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Walau tak pernah buat kuih, 160 botol kuih disiapkan bagi tujuan murni

May 18, 2019 | 03:44 PM



KEBANYAKAN mereka tidak pernah membuat kuih, namun semangat untuk sama-sama bertungkus-lumus menyiapkan 160 botol kuih tetap tegar dalam diri 60 sukarelawan pelbagai bangsa.



Sejak 10 pagi tadi (Sabtu, 18 Mei), para sukarelawan ini telah membuat kuih raya seperti kuih dahlia, suji, biskut ceri dan biskut mentega untuk diagihkan kepada 150 keluarga yang kurang berkemampuan.



Usaha tersebut merupakan sebahagian daripada kolaborasi bersama antara Persatuan Persuratan Pemuda Pemudi Melayu (4PM), Masyarakat Muslim Ismaili dan SSA Culinary demi menceriakan lagi keluarga yang memerlukan menjelang Raya nanti.

Para sukarelawan yang bertungkus-lumus selama empat jam di SSA Culinary itu merangkumi para pelajar, golongan profesional dan suri rumah pelbagai bangsa dan agama.



Biskut-biskut Raya yang dibuat itu akan diagihkan kepada para penerima semasa sesi Membeli-belah Hari Raya bersama penerima yang akan berlangsung pada 25 Mei nanti.

Ia merupakan sebahagian daripada program Ramadan on Wheels (ROW) yang sudah menjadi program utama 4PM setiap tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >