GEMPA DI SABAH
Wang derma dihadiah kepada malim gunung
Keluarga mendiang Rachel Ho serah sumbangan pengebumian sebagai tanda terima kasih terhadap usaha malim bantu pelajar dan guru TKPS
Jun 16, 2015 | 05:30 AM
KELUARGA Rachel Ho, antara murid Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS) yang terkorban dalam gempa bumi di Sabah, akan memberi derma yang mereka terima kepada malim Gunung Kinabalu yang membantu kakitangan dan pelajar ekoran bencana itu.
Bapa Rachel, 12 tahun, Encik James Ho, memberitahu akhbar The Straits Times keluarganya menerima jumlah derma besar daripada teman dan keluarga yang menghadiri upacara pengebumian anaknya.