Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wang pelanggan kad kredit, debit terjejas dengan transaksi duplikat, sudah dipulangkan: DBS

Jun 19, 2021 | 02:38 PM



DBS Bank telah mengembalikan wang kesemua pelanggannya yang terjejas dengan kerosakan sementara proses pembayaran yang menyebabkan transaksi kad kredit dan debit pelanggan dikenakan dua kali potongan. 



Dalam satu pos Facebook pada Sabtu (19 Jun), bank terbesar Singapura itu berkata semua transaksi duplikat kad berkenaan telah dikembalikan dan sebarang bayaran yang timbul kerana kesilapan itu akan diberi pelepasan.



"Sistem kami selamat, mantap dan tanpa kompromi. Kami meminta maaf jika timbul sebarang kegelisahan yang tidak sewajarnya dan menyesali kesulitan yang wujud kerana kerosakan ini," jelas DBS.



DBS tidak menjelaskan jumlah pelanggan yang terjejas dan jumlah transaksi yang silap.



Ia mula mengesahkan isu ini di Twitter sekitar 11.20 pagi pada Jumaat (18 Jun). Menjelang 7.50 malam, DBS menjelaskan kerosakan sementara itu telah dihuraikan.



Beberapa pelanggan dalam talian menjelaskan transaksi tersebut menyebabkan akaun bank mereka kosong atau mencapai paras baki negatif.



Beberapa orang yang lain pula mengatakan mereka tidak dapat mendaftar masuk ke dalam akaun aplikasi atau gerbang perbankan Internet mereka pada pagi Jumaat.



Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pula telah mengarah DBS agar menjalankan siasatan terperinci dan mengemukakan laporan mengenainya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >