Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wang tunai dari Medisave boleh diguna untuk biaya jagaan jangka panjang

Jul 03, 2018 | 07:53 PM



PENCARUM Tabung Simpanan Pekerja (CPF) tidak lama lagi boleh mengeluarkan wang tunai daripada akaun Medisave mereka untuk membiayai keperluan penjagaan jangka panjang bagi golongan kurang upaya yang teruk.



Ini boleh dilakukan mulai 2020, kata Menteri Kesihatan, Encik Gan Kim Yong, ketika mengumumkan langkah-langkah demi memperkukuh pembiayaan jagaan jangka panjang bagi warga negara sedang penduduk Singapura semakin menua.



Di bawah skim baru itu, pencarum CPF berusia 30 tahun ke atas yang alami kurang upaya yang teruk boleh memanfaatkan akaun Medisave mereka atau pasangan mereka bagi keperluan jagaan jangka panjang.



Mereka boleh mengeluarkan sehingga $2,400 setahun (sekitar $200 sebulan).



Ini kali pertama pencarum dibenarkan mengeluarkan wang tunai daripada Medisave sejak ia dibentuk pada 1984 sebagai sebahagian daripada sumbangan Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bagi kurangkan beban bil hospital.



Encik Gan berkata keperluan jagaan pesakit sedemikian adalah pelbagai, dengan ada yang mungkin mempunyai aturan jagaan tidak formal dan memerlukan sokongan kewangan untuk memastikan jagaan sedemikian boleh dimampui.



“...dengan memberi mereka kebenaran mengeluarkan wang tunai, ia akan memberi mereka fleksibiliti lebih luas dan (ianya) juga mengambil kira bahawa keperluannya agak pelbagai.



“Ada yang mungkin memerlukan khidmat tertentu, ada yang mungkin lebih biasa (casual) tetapi mereka memerlukan sokongan kewangan.



“Itu sebab mengapa kami mahu memperkenalkan fleksibiliti ini. Namun, terdapat juga beberapa perlindungan dan had untuk memastikan Medisave akan tetap cukup untuk memenuhi keperluan perubatan mereka yang lain,” tegas beliau.



Encik Gan menambah bahawa sekiranya Medisave pesakit dan pasangan mereka tidak mencukupi, mereka boleh memohon menggunakan Medisave anak atau ibu bapa mereka dan pihaknya akan membuat pertimbangan berdasarkan kes.



“Terutamanya, kami mahu memastikan Medisave setiap kohort mencukupi, Medisave setiap generasi mencukupi bagi penggunaan sendiri berbanding mempunyai subsidi silang generasi.



“Namun, kami akan bersikap fleksibel dan kami akan menguruskan permohonan berdasarkan kes,” kata beliau.



Bergantung pada wang dalam akaun Medisave, jumlah yang boleh dikeluarkan individu berbeza. 



Misalnya, mereka yang mempunyai $5,000 dalam akaun Medisave boleh mengeluarkan $50 sebulan sementara mereka yang mempunyai $20,000 atau lebih dalam akaun Medisave boleh mengeluarkan $200 sebulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >