Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita, 28 tahun, ditangkap curi lori di Orchard Road dan langgar beberapa kenderaan

Feb 22, 2017 | 09:17 AM



SEORANG wanita berusia 28 tahun yang dikatakan mabuk memandu sebuah lori yang dicuri di sepanjang Orchard Road awal pagi Selasa (Feb 21).



Pengguna Facebook Edwin Teo menyatakan dalam satu pos bahawa wanita itu mengambil lori berkenaan dari Orchard Towers untuk suka-suka.



Menurut Encik Teo, dia kemudian melanggar bas dan teksi serta beberapa kereta.



Encik Teo, seorang pemandu bas swasta berusia 32 tahun, memberitahu The Straits Times bahawa beliau sedang dalam kereta dengan seorang kawan berhampiran Orchard Towers dan melihat seorang wanita cuba membuka pintu sebuah kereta.



Kereta itu berkunci. Wanita itu lalu cuba membuka pintu lori. Pemandu lori membiarkan pintu lori tidak dikunci semasa keluar menghantar barang.



"Dia berjaya membuka pintu lori dan memandunya," kata Encik Teo.



Menurutnya, wanita itu memandu simpang-siur dijalan raya melanggar sekurang-kurangnya lima kenderaan, dan menumpahkan barang daripada lori itu di jalan raya.



Pemandu lori berkenaan kembali dan mengejar wanita itu dengan masuk ke kereta Encik Teo. Pihak polis kemudian tiba dan menahan wanita itu, katanya. Kejadian itu berlangsung kurang 30 minit.



Pihak polis memberitahu The Straits Times bahawa mereka telah diberitahu tentang kes curi kenderaan pada 4.56 pagi Selasa.



Wanita berusia 28 tahun itu ditahan berhubung kes itu.



Polis masih menyiasat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >