Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita 30 tahun maut selepas kemalangan Lentor Avenue

Nov 06, 2019 | 06:52 PM



SEORANG wanita berusia 30 tahun meninggal dunia dan seorang budak lelaki berusia dua tahun dibawa di hospital selepas kemalangan yang berlaku di Lentor Avenue pagi semalam. 



Seorang pemandu berusia 44 tahun diberkas kerana memandu dengan cuai dan menyebabkan kematian. Siasatan kini sedang dijalankan. 



Polis berkata mereka diberitahu tentang kemalangan tersebut yang melibatkan kereta dan dua pejalan kaki di Lentor Avenue ke arah Ang Mo Kio Avenue 6, pada sekitar 10.55 pagi. 



Seorang wanita berusia 30 tahun, salah seorang pejalan kaki yang terlibat, tidak sedarkan diri semasa dibawa ke Hospital Khoo Teck Phuat, di mana beliau telah meninggal dunia. 



Seorang budak lelaki, yang masih sedarkan diri, juga dibawa ke hospital. 



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia bertindak terhadap kemalangan tersebut pada masa yang lokasi yang sama semalam. 



Akhbar Shin Min Daily News melaporkan bahawa wanita tersebut sedang menolak budak lelaki tersebut di dalam kereta sorong dan sedang menyeberang jalan pada masa itu. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >