Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita, 65 tahun, mati selepas dilanggar e-skuter

Sep 26, 2019 | 11:39 AM



WANITA yang cedera parah dalam satu kemalangan yang melibatkan e-skuter pada Sabtu (21 September) di Bedok, meninggal dunia di hospital pada Rabu (25 September).



Cik Ong Bee Eng, 65 tahun, sedang mengayuh basikalnya pulang ke rumah apabila kemalangan itu berlaku, dedah adiknya, Encik Andy Ong, 53 tahun, kepada akhbar The Straits Times (ST).



Seorang lelaki, 20 tahun, ditahan selepas kemalangan itu, dan polis sedang menyiasat kes itu sebagai perbuatan tidak bertanggungjawab yang menyebabkan kematian.



Cik Ong, seorang pembantu pembalut di sebuah syarikat logistik, cedera parah di bahagian otak selain patah tulang rusuk dan tulang lehernya, dan berada dalam keadaan koma di Unit Jagaan Rapi Pembedahan (SICU) Hospital Besar Changi (CGH) sejak kemalangan itu.



Pada malam Rabu, ramai yang mengucapkan takziah kepada anak lelakinya, Encik Ng Chin Khai, di Facebook, setelah mendapat tahu tentang kepergian Cik Ong. 



Kawan dan keluarga Cik Ong menyifatkan beliau, janda dua anak dan nenek kepada dua orang cucu, sebagai seorang yang suka menghulurkan bantuan dan dihormati ramai. 

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >