Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Wanita 65 tahun meninggal dunia setelah dilanggar teksi

Dec 04, 2019 | 02:50 PM

BELIAU sedang menyeberang jalan dan hendak menaiki bas terakhir untuk pulang ke rumah apabila  ajal menjemput.

Cik Tay Kiat Eng, 65 tahun, yang bekerja separuh masa di KFC, dilanggar teksi dan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Tan Tock Seng.

Polis mengesahkan satu kemalangan berlaku di Bukit Timah Road menghala Woodlands Road pada 12.28 tengah malam pada 27 November lalu dan seorang pemandu teksi berusia 69 tahun telah diberkas, lapor The New Paper.

Siasatan polis diteruskan.

Sementara itu, anak bongsu mangsa, Encik Richard Poh, 29 tahun, merayu agar saksi ke hadapan untuk memberi bantuan.

Encik Poh, yang sedang belajar di Melbourne, Australia, berkata beliau kali terakhir bertemu ibunya dua tahun lalu apabila beliau pulang ke Singapura bagi lawatan singkat.

Beliau telah menempah tiket ke Singapura sejurus mendapat berita kematian ibunya itu dan tiba di sini pada hari sama kemalangan tersebut.

"Saya terkejut bila saya dapat tahu. Saya tak sempat meluangkan cukup masa dengannya dan kesalan terbesar saya ialah saya tak dapat pulang untuk menjaganya selepas saya tamat pengajian nanti," ujar Encik Poh.

Menurut pejalan kaki yang telah menghubunginya, dua penumpang dengan segera keluar dari teksi tersebut untuk membantu Cik Tay yang mengerang kesakitan dan kemudian tidak sedarkan diri.

Ketua kumpulan pegawai perhubungan korporat ComfortDelGro, Cik Tammy Tan, berkata mereka sudah pun menghubungi keluarga mangsa untuk menghulurkan bantuan.

Dalam pada itu, pemandu teksi yang terlibat telah digantung dari kerja dan sedang membantu dalam siasatan polis.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3