Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita 71 tahun meninggal dunia akibat demam denggi

Apr 04, 2019 | 12:16 PM



SEORANG wanita 71 tahun meninggal dunia disebabkan demam denggi bulan lalu, menjadikan jumlah kematian akibat penyakit tersebut sebanyak tiga orang tahun ini.



Wanita tersebut menetap di Ang Mo Kio Avenue 4 yang merupakan kelompok denggi aktif sebelum ini. Beliau meninggal dunia pada 23 Mac lalu, menurut seorang jurucakap Kementerian Kesihatan (MOH) hari ini (Khamis, 4 Apr).



Akhbar The Straits Times melaporkan Februari lalu bahawa dua lelaki berusia 74 dan 77 tahun meninggal dunia akibat demam denggi tahun ini. 



Menurut perangkaan terkini yang didapati daripada laman web Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), sekurang-kurangnya 2,224 kes demam denggi telah dilaporkan tahun ini.



Terdapat 26 kelompok denggi aktif, dengan yang terbesar terletak di Woodlands, Teck Whye Lane dan Serangoon Gardens.



Tahun lalu, lima orang berusia antara 41 dengan 75 tahun meninggal dunia akibat demam denggi, dengan 3,285 kes denggi dilaporkan. Jumlah tersebut merupakan peningkatan 20 peratus berbanding jumlah kes yang dilaporkan pada 2017.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >