Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita 72 tahun patah tulang pinggul setelah ditolak oleh rakan kerja semasa bertengkar

Sep 07, 2021 | 10:53 PM



PERTENGKARAN antara dua pekerja pembersihan berakhir dengan salah seorang daripada mereka, seorang warga emas, patah tulang pinggul dan tidak dapat bekerja.


Mangsa, 72 tahun, ditolak oleh Hatimah Mohd Hussein pada 9 April 2018. Mangsa telah menegur rakan kerjanya itu kerana tidak beratur untuk tap keluar setelah habis kerja.


Hatimah, 51 tahun, mengaku bersalah pada Selasa (7 Sept) atas satu tuduhan menyebabkan kecederaan dengan tindakan terburu-buru yang membahayakan keselamatan diri mangsa, lapor The Straits Times.


Satu tuduhan lain menyebabkan kecederaan teruk melalui tindakan terburu-buru yang membahayakan keselamatan diri rakan sekerjanya itu akan diambil dalam pertimbangan oleh Hakim Daerah Lau Qiuyu semasa menjatuhkan hukuman nanti.


Hatimah dan mangsa bekerja sebagai pekerja pembersihan di sebuah sekolah di Bukit Batok pada waktu kejadian.


Mereka tamat kerja pada 4 petang, dan harus mengimbas pas mereka di lobi sekolah apabila syif mereka berakhir.


Mahkamah diberitahu pekerja warga emas itu mula menunggu dekat pengimbas tersebut beberapa minit sebelum syif mereka berakhir.


Tetapi Hatimah kemudian berdiri di depan mangsa, yang difahami oleh rakan kerjanya itu sebagai menandakan niatnya mahu memotong jalan.


Warga emas itu kemudian menegur Hatimah dan meminta wanita itu beratur di belakangnya.


Hatimah membalas dengan memarahi mangsa dan mengejeknya.


Mangsa kemudian melontarkan kata-kata kesat kepada Hatimah, yang semakin marah.


Mahkamah kemudian diberitahu Hatimah dengan kasar menolak mangsa di bahu kirinya, menyebabkan dia hilang keseimbangan dan jatuh ke lantai.


Dia kemudian meninggalkan tempat kejadian tanpa menolong rakan kerjanya itu, yang kemudian dibawa pulang oleh dua pekerja lain.


Anak perempuan mangsa kemudian menelefon ambulans untuk membawanya ke Hospital Besar Ng Teng Fong, di mana tulang pinggulnya didapati patah. Beliau kemudian menjalani pembedahan bagi merawat kecederaan tersebut.


Pihak pendakwa meminta mahkamah agar menjatuhkan hukuman penjara sekurang-kurangnya tiga minggu dan menekankan Hatimah seharusnya tahu mangsa adalah "wanita berumur yang agak rentan pada waktu melakukan kesalahan".


"Juga tidak dapat dipertikaikan bahawa orang tua lebih berkemungkinan hilang keseimbangan dan menghadapi risiko cedera yang lebih tinggi jika mereka jatuh," tambahnya.


Antara lain, pihak pendakwa berkata hingga 19 April tahun ini, mangsa masih tidak dapat bekerja.

Hatimah dijangka dijatuhkan hukuman pada 24 September.


Bagi kesalahan menyebabkan kecederaan akibat tindakan terburu-buru yang membahayakan keselamatan diri orang lain, dia boleh dipenjara hingga satu tahun, atau didenda hingga $5,000, atau kedua-duanya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >