Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita 84 tahun yang kunjungi blok Bukit Merah View meninggal dunia dari Covid-19

Jun 26, 2021 | 11:18 PM



SEORANG wanita Singapura berusia 84 tahun telah meninggal dunia akibat komplikasi ekoran  jangkitan Covid-19, lapor Kementerian Kesihatan (KKM) pada  Sabtu malam (26 Jun).

Beliau diuji bagi  Covid-19 pada 15 Jun sebagai sebahagian ujian pengawasan masyarakat MOH bagi  pengunjung ke Blok 115 dan 116 Bukit Merah View, dan disahkan mengalami jangkitan pada hari  sama.

Beliau belum diberi vaksin dan mempunyai sejarah penyakit barah dan darah tinggi. Ini menjadikan jumlah kematian Covid-19 di Singapura meningkat kepada 36 orang.

Pada  Sabtu, MOH melaporkan 13 kes baru jangkitan Covid-19 tempatan, semuanya dalam masyarakat  dan tidak ada di asrama pekerja hijrahan.

Lima daripada kes itu  dikaitkan dengan kes sebelumnya  dan telah dikenakan kuarantin. Lapan dikesan melalui pengawasan,  antaranya empat yang dikaitkan dengan kes sebelumnya.

Empat kes kini tidak terkait.

Antara kes baru ialah jururawat berusia 21 tahun, porter berusia 48 tahun dan porter berusia 66 tahun, yang bekerja di Hospital Besar Changi (CGH).

Ini menjadikan jumlah kes dalam kelompok CGH menjadi lima.

Sementara itu, seorang pegawai polis berusia 28 tahun juga didapati positif dijangkiti  virus tersebut.

Beliau bertugas  di Pusat Polis Kejiranan  Bukit Merah Barat di 500 Bukit Merah View, dan kali terakhir bekerja pada 22 Jun.

Secara keseluruhan, MOH mengatakan jumlah kes baru dalam masyarakat telah menurun daripada 109 kes pada minggu sebelumnya kepada 92 kes pada minggu lalu.

Namun jumlah kes yang tidak ada kaitan dalam  masyarakat telah meningkat daripada 13 kes pada minggu sebelumnya kepada 19 kes pada minggu  lalu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >