Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita, 92 tahun, kematian pertama di S'pura berkaitan Omicron

Jan 23, 2022 | 05:30 AM



SEORANG wanita berusia 92 tahun telah menjadi mangsa kematian pertama berkaitan virus Omicron.



Dalam satu kenyataan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) semalam, wanita itu tidak mempunyai sejarah perubatan dan tidak divaksin.



"Beliau telah menjangkiti virus itu daripada seorang ahli keluarga dan meninggal dunia sekitar 10 hari kemudian pada 20 Januari 2022," jelas MOH.



Menurut kesimpulan para doktor, siasatan menunjukkan bahawa kematiannya disebabkan oleh jangkitan Covid-19 oleh varian Omicron, kata MOH.



"Kepada keluarga dan orang tersayang beliau, kami ucapkan salam takziah setulus hati. Kementerian Kesihatan dan pekerja penjagaan kesihatan akan terus melakukan apa yang kami mampu untuk menjaga kesemua pesakit kami," tambah MOH.



Covid-19: Kadar jangkitan setempat kian meningkat



Kematian mangsa pertama berlaku selepas Singapura mencatat sejumlah 3,155 kes baru Covid-19 kelmarin.



Menurut Kementerian Kesihatan (MOH), kadar jangkitan Covid-19 secara mingguan telah meningkat ke 2.70, daripada 2.17 pada hari sebelumnya.



Kadar jangkitan mingguan merujuk kepada nisbah kes masyarakat untuk minggu lalu, sepanjang minggu sebelumnya.



Kadar yang melebihi satu menunjukkan bahawa bilangan kes mingguan baru Covid-19 semakin meningkat.



Daripada jumlah itu, 1,616 kes dikesan melalui ujian reaksi rantaian polimerase. Ia termasuk 1,278 kes setempat dan 338 lagi kes import, kata MOH memberikan butiran terkini.



Lagi 1,539 kes dikesan menerusi ujian rapid antigen (ART) dan dinilai oleh doktor sebagai mempunyai gejala ringan dan berisiko rendah.



Daripada jumlah yang dikesan menerusi ujian ART, 1,516 adalah kes setempat dan 23 diimport.



Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, sebelum ini mengumumkan dalam sidang media bahawa MOH juga tidak akan lagi membezakan antara kes Omicron dan bukan Omicron.



"Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, kami hidup dengan Covid-19 dan varian Omicron dengan berhati-hati dan tenang, dengan peraturan yang kurang sekatan, di mana kami boleh bertemu dalam kumpulan lima orang...



"Hakikatnya dengan vaksin memberikan keberkesanan dan varian Omicron yang tidak begitu teruk, maka angka jangkitan utama tidak lagi begitu bermakna dalam tindak balas kami terhadap Covid-19," tambah Encik Ong.



Terdapat juga 350 pesakit di hospital dengan 19 memerlukan bantuan oksigen dan 13 di unit jagaan rapi.



Hingga kelmarin, Singapura mencatat 307,813 kes Covid-19 dengan 846 kematian.



Sebanyak 91 peratus penduduk Singapura telah menyelesaikan rejimen vaksinasi dan 54 peratus penduduk telah menerima suntikan penggalak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >