Subuh
5:50
Syuruk
7:07
Zuhur
1:12
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:23

Wanita 92 tahun korban pertama jangkitan Omicron di S'pura

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Wanita 92 tahun korban pertama jangkitan Omicron di S'pura

Jan 22, 2022 | 03:55 PM

Seorang wanita berusia 92 tahun yang tidak divaksin telah mati akibat komplikasi berkaitan dengan varian Omicron Covid-19, iaitu kematian berkaitan Omicron yang pertama di Singapura. 

Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH), wanita itu tidak mempunyai sejarah perubatan yang diketahui dan menjangkiti virus berkenaan daripada seorang anggota keluarga. 

Beliau meninggal dunia 10 hari kemudian pada Khamis lalu, tambah MOH. 

Setelah menjalankan siasatan, para doktor merumuskan yang kematian itu disebabkan oleh jangkitan Covid-19 akibat varian Omicron, jelas MOH. 

MOH dalam kenyataannya itu menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga dan orang tersayang beliau. 

“MOH dan pekerja penjagaan kesihatan kami akan terus melakukan apa yang termampu untuk menjaga semua pesakit kami,” tambah MOH. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3