Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita 93 tahun yang tidak divaksin meninggal, MOH tidak lagi beri maklumat kes yang berkait

Sep 09, 2021 | 03:20 AM



Seorang wanita warga Singapura berusia 93 tahun meninggal dunia disebabkan komplikasi jangkitan Covid-19, menurut Kementerian Kesihatan (MOH).



Wanita itu mempunyai simptom pada 2 September dan dimasukkan ke Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID) pada 5 September. Beliau sah menghidapi Covid-19. Beliau mempunyai sejarah penyakit ginjal yang kronik, kencing manis, kolestrol tinggi dan tekanan darah yang tinggi.



Kematiannya menjadikan jumlah kematian di Singapura akibat Covid-18 mencapai 56.



Sementara itu, MOH tidak lagi memberikan jumlah kes berkait dan tidak dalam perangkaan hariannya, sambil menyatakan maklumat itu tidak lagi relevan seperti dulu memandangkan strategi semasa untuk hidup dengan Covid-19.



Dengan 81 peratus penduduk sudah pun mendapat vaksinasi sepenuhnya, MOH berkata ia membuat perubahan itu bagi mencerminkan isu penting dihadapi dalam tahap baru ini.



Ia akan terus memantau jumlah kes pesakit yang dirawat di hospital disebabkan penyakit Covid-19 yang serius dan yang dirawat dalam unit penjagaan rapi (ICU), agar memastikan hospital tidak dibebani.



MOH juga menyatakan ia tidak akan memberikan laporan terperinci mengenai perkembangan vaksinasi setiap hari. Ia akan memberikan maklumat mengenai keadaan Covid-19 sekali sahaja dan bukan dua kali.



MOH akan juga memberikan maklumat mengenai kelompok Covid-19 yang besar dan berkembang agar orang awam dapat mengelakkannya. Contohnya, kelompok Covid-19 di pusat tukaran bas disebabkan jangkitan di tempat kerja dan tidak ada bukti ia boleh menular kepada penumpang.



Lagi 19 kes baru dikaitkan dengan kakitangan di iima pusat tukaran bas di Toa Payoh, Tampines, Boon Lay, Clementi dan Bishan. Pusat tukaran Toa Payoh merupakan kelompok terbesar di pusat tukaran bas, dengan 183 kes selepas tujuh kes ditambah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >