Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita akui sertai ejen insurans cuba tipu Manulife dengan tuntutan palsu

Apr 13, 2022 | 05:30 AM



SEORANG pengurus perkhidmatan kewangan bekerjasama dengan seorang ejen insurans untuk cuba menipu firma insurans Manulife sebanyak $1,128.57 dengan mengemukakan tuntutan palsu.



Silver Huang Hsin Tian, 27 tahun, yang ketika itu bekerja sebagai pengurus, mengaku bersalah semalam di atas satu tuduhan menipu.



Mahkamah diberitahu wang itu tidak diagihkan selepas Manulife menjalankan pemeriksaan.



Pada masa kesalahan itu pada 2020, Huang bekerja dengan Pias, sebuah firma broker yang berurusan dalam insurans. Skop kerjanya termasuk menjual polisi insurans daripada syarikat yang berbeza kepada pihak ketiga.



Dia melakukan kesalahan itu dengan Patricia Quek Puay Yi, kini 40 tahun, yang ketika itu bekerja dengan firma insurans AIA Singapura.



Dokumen mahkamah menyatakan bahawa kedua-dua wanita adalah ejen insurans pada masa itu. Kes Quek masih belum selesai.



Menurut dokumen mahkamah, kedua-dua wanita mengetahui bahawa kecederaan kaki yang dialami Quek pada 29 Jun 2020 mendahului permohonannya untuk polisi Manulife.



Walaupun begitu, Huang memberitahu Quek dalam perbualan WhatsApp bahawa dia boleh "cuba" untuk membuat tuntutan di bawah polisi dan "lihat apa (yang berlaku)".



Polisi Manulife itu berkuat kuasa pada 15 Julai 2020, dan Quek menjalani pembedahan pada kaki kanannya lima hari kemudian. Dia dimasukkan ke hospital hingga 24 Julai tahun itu.



Huang kemudian mengisi dan menyerahkan borang tuntutan kemalangan dan kesihatan, dengan menyatakan bahawa tarikh kemalangan itu ialah 18 Julai 2020, untuk cuba mendorong Manulife agar mengagihkan $1,128.57 kepada Quek.



Pada 3 Sept 2020, Manulife menghantar surat kepada Quek yang menyatakan bahawa ia tidak dapat menerima tuntutannya. Surat itu menyatakan bahawa Manulife telah mengesahkan dengan United Specialist Centre bahawa kaki kanannya telah dirawat pada 6 Julai tahun itu, sebelum tarikh permulaan polisi.



Oleh itu kecederaan itu adalah keadaan sedia ada yang tidak dapat diterima oleh Manulife, mahkamah mendengar.



DPP memberitahu mahkamah: "Tertuduh terkejut dengan tahap ketegasan Manulife dalam mengesahkan integriti tuntutan dan memberitahu Patricia bahawa dia telah berpura-pura tidak tahu apabila Manulife menghubunginya.



"Patricia kemudian menggalakkan tertuduh untuk berpura-pura tidak tahu apa yang sedang berlaku."



Seorang pegawai pematuhan Manulife memaklumkan polis pada 26 Oktober 2020.



Huang akan dijatuhkan hukuman pada 28 April.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >