Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Wanita Asean bersatu bentuk wadah bincang soal intim

Wadah, 'TalkAboutSex' (Bincang Tentang Seks) ditubuh awal 2023, turut libat dialog dan webinar
Mar 19, 2023 | 05:30 AM



SATU wadah bagi wanita Asean membincangkan topik sensitif berkaitan seks, kesihatan seksual dan isu berkaitan hubungan, ditambah pula dengan maklumat yang boleh dipercayai daripada karyawan penjagaan kesihatan, telah dibentuk.



Wadah, TalkAboutSex (Bincang Tentang Seks) merupakan idea yang dicetuskan pakar analisis data dan aktivis akar umbi, Cik Hamidah Aidillah Mustafa, yang memimpin kumpulan projek tersebut.



Ditubuhkan pada awal 2023, ia terdiri daripada rakan-rakannya dari Malaysia, Thailand serta Filipina.



Semasa dihubungi, Cik Hamidah, 37 tahun, berkata wadah tersebut diharap dapat memperkasa dan mendorong harga diri wanita di serata Asean.



"Sebagai lelaki atau wanita, kita mempunyai keperluan mendalam berkaitan keintiman dan cinta. Namun masih ada salah faham tentang topik ini.



"Di Asia terutamanya, kami tidak pernah dididik tentang konsep keintiman," katanya yang juga aktif sebagai relawan di salah sebuah akar umbi di sini.



Beliau menambah bahawa keintiman berlaku apabila pasangan atau suami isteri seseorang itu menerima "diri anda yang sebenarnya".



"Tidak kira cacat celanya, dan sekiranya seseorang itu menerima anda sejujurnya, maka itulah tanda cinta dan keintiman yang boleh diperolehi daripada pasangan tersebut.



Wadah itu, kata beliau, mendapat kerjasama rakan-rakan program Fellowship Belia Asean (AYF) yang Cik Hamidah kenali, termasuk dari Malaysia, Thailand serta Filipina.



Mereka memulakan dialog berkaitan wanita menerusi webinar dalam talian mengenai kesihatan seksual dan memperbaiki hubungan.



Satu acara pelancaran bagi TalkAboutSex telah diadakan pada Sabtu.



Di majlis tersebut, perbincangan melibatkan dua pakar semasa acara pelancaran itu - Cik Andrea Tan, seorang pembimbing seks, cinta dan hubungan; serta seorang lagi ialah pakar perbidanan dan sakit puan, Dr Ida Ismail-Pratt - turut diadakan.



Antara yang dibincangkan termasuk erti hubungan seksual yang sihat, hubungan jangka panjang yang bahagia, salah faham antara lelaki dengan wanita berkaitan jangkaan seksual dan hubungan, jenis senaman yang dapat memperbaiki seks, dan cara melindungi diri daripada Jangkitan Penyakit Kelamin (STI).



"Matlamat utama wadah ini dibentuk adalah bagi membuka ruang selamat bagi wanita di serata Asean untuk berbincang isu seks dan kesihatan seksual, serta mempertingkat kemahiran komunikasi kaum Hawa agar dapat memperbaiki hubungan dan perkahwinan.



"Ia juga diharap dapat membantu wanita membaiki hubungan mereka dengan pasangan masing-masing bagi memperkukuh perkahwinan dan keluarga," tambah Cik Hamidah.



Cik Hamidah berkata idea projek itu tercetus beberapa tahun lalu apabila beliau bertemu seorang pesakit barah servik yang mengalami sakit fizikal serta emosi akibat penyakitnya itu.



"Dari sudut budaya wanita Asean, isu ini mungkin dianggap pantang dibincangkan.



"Lantas bersama rakan-rakan lain, kami tubuhkan wadah ini yang selamat untuk dibincangkan," jelasnya.



Pada masa yang sama penglibatannya selaku pegawai perhubungan awam dalam sektor kesihatan juga menjadi pendorong buatnya menubuhkan wadah tersebut - yang dianggapnya lanjutan kepada tugasnya sebelum ini.



Kebetulan beliau bertemu dengan rakanrakan AYF yang mendapati sukar mendapatkan sumber bernas selain ruang selamat untuk berbincang tentang seks serta hubungan seksual dari kaca mata Asean.



Sementara itu, dua lagi dialog telah dijadualkan berlangsung termasuk pada Jun ini di mana isu berkaitan erti persetujuan seks bagi seorang wanita dan satu lagi pada November yang menyentuh tentang kaum Adam menyokong wanita.




"Matlamat utama wadah ini dibentuk adalah bagi membuka ruang selamat bagi wanita di serata Asean untuk berbincang isu seks dan kesihatan seksual, serta mempertingkat kemahiran komunikasi kaum Hawa agar dapat memperbaiki hubungan dan perkahwinan.

Ia juga diharap dapat membantu wanita membaiki hubungan mereka dengan pasangan masing-masing bagi memperkukuh perkahwinan dan keluarga."

- Cik Hamidah Aidillah Mustafa, pakar analisis data dan aktivis akar umbi yang juga pencetus idea wadah, 'TalkAboutSex' (Bincang Tentang Seks).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >