Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita bebas daripada tuduhan jadi 'keldai wang'

Nov 24, 2016 | 08:52 AM



SEORANG wanita berusia 52 tahun yang dijerat 'teman lelaki' Facebook agar menerima wang yang didakwa dicuri, dibebaskan daripada tuduhan menerimanya dan melakukan pengubahan wang haram, selepas satu perbicaraan tiga hari di Mahkamah Negara.



Hakim Daerah Kessler Soh membebaskan Cik Babara Seet awal bulan ini (Nov) tanpa pembelaannya dipanggil, selepas pihak pendakwaan gagal menunjukkan kes prima facie (pada zahirnya) bahawa itu wang curi.



Cik Seet menerima mesej Facebook daripada seseorang bernama Hubert Donald Keeton pada Julai 2013 dan memulakan hubungan melalui surat-menyurat apabila lelaki itu memberitahu beliau dia akan pindah ke Singapura dengan anak lelakinya yang berusia lapan tahun.



Dua bulan kemudian, lelaki itu bertanya apakah Cik Seet boleh menerima AS$320,000 (kira-kira $404,500 pada masa itu) yang dia mahu masukkan ke dalam akaun bank beliau di sini. Dia mendakwa wang itu ialah bagi seorang ejen hartanah untuk membeli sebuah unit kondominium di Singapura.



Cik Seet bersetuju kerana beliau mahu membantunya pindah ke sini supaya mereka boleh meneruskan hubungan mereka.



Beliau kemudian mengeluarkan $400,000, seperti yang diarahkan Keeton, dan menjelaskan kepada pegawai bank ia bagi pembelian sebuah kondominium bernilai $1.5 juta.



Seperti yang diatur, Cik Seet menyerahkan wang tersebut kepada seorang bernama Juliana di sebuah kedai kopi di Circular Road.



Pada satu lagi ketika, beliau mengeluarkan $7,000 seperti yang diminta Keeton dan memindahkannnya kepada seorang bernama Sabrina Shawali di Malaysia.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Leong Weng Tat berkata dalam penghujahannya bahawa sebuah bank berpangkalan di Lebanon memindahkan wang ke akaun Cik Seet selepas ia menerima arahan melalui e-mel kononnya atas nama Fahed Rafik Hariri.



Encik Fahed pelanggan bank itu tetapi arahan tersebut kemudiannya didapati adalah satu penipuan.



Oleh itu, wang tersebut dikira 'barang curi' di bawah Seksyen 410 Kanun Keseksaan.



Tindakan Cik Seet mengeluarkan wang itu bermakna beliau mendapat manfaat daripada perlakuan jenayah dan boleh dihukum di bawah Akta Rasuah, Pengedaran Dadah dan Jenayah Berat Lain (Rampasan Manfaat), kata DPP Leong.



Tetapi peguam bela Peter Ong Lip Cheng berhujah Cik Seet tidak mempunyai alasan untuk percaya wang itu barang curi, memandangkan hubungan beliau dengan Keeton.



Cik Seet tidak mendapat manfaat daripada perlakuan jenayah dengan mengeluarkan wang itu dan memindahkannya kerana beliau tidak tahu tentang kegiatan haram Keeton apabila diarah berbuat demikian.



Encik Ong berhujah, antara lain, bahawa tidak terbukti Hariri wujud kerana identitinya tidak disahkan dan begitu juga alamat e-mel itu.



Mahkamah juga tidak membenarkan kenyataan utama oleh Encik Hariri tanpa kehadirannya diterima sebagai bukti selepas ia dicabar oleh Encik Ong kerana ia tidak ditandatangani.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >