Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita berusia 51 tahun ditemui mati dalam kolam koi di kondominium di Hillview Avenue

Sep 02, 2019 | 07:56 PM



SEORANG wanita berusia 51 tahun ditemui mati di sebuah kolam ikan koi di kondominium The Petals di Hillview Avenue pada pagi semalam. 



Menurut laporan The Straits Times (ST), polis berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kes yang berlaku di 97 Hillview Avenue pada pukul 7.02 pagi.



Setiba di tempat kejadian, pasukan kecemasan mendapati mangsa sudah tidak sedarkan diri. Anggota paramedik kemudian mengisytiharkan mangsa mati di tempat kejadian.



Difahamkan kedalaman kolam ikan koi itu adalah setinggi paras pinggang. 



Seorang penduduk di kondomonium itu, Surabhi Madan, 38 tahun, yang tinggal di apartmen berhampiran kolam air itu, berkata beliau tidak mendengar sebarang kekecohan pada waktu pagi dan beliau hanya menyedari sesuatu telah berlaku ketika pegawai polis tiba.



“Apabila saya keluar (dari apartmen), saya melihat tubuh seseorang yang ditutupi dengan kain putih berhampiran dengan kolam air, lalu polis telah bertanya kepada kami jika kami terlihat apa-apa yang tidak biasa pada waktu pagi, tetapi kami tidak,” kata Cik Surabhi, seorang peguam.



Beliau berkata polis memberitahunya bahawa mayat itu ditemui di dalam kolam ikan koi.



Cik Surabhi berkata beliau  tidak mengenali wanita itu kerana wajahnya ditutup kain.



Siasatan polis sedang berterusan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >