Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita berusia 82 tahun maut dilanggar motosikal di Circuit Road

Sep 14, 2018 | 07:00 PM



 





SEORANG wanita berusia 82 tahun maut selepas dilanggar motosikal di Circuit Road pada malam Khamis (13 September).



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia diberitahu tentang kemalangan itu yang berlaku berhampiran Blok 47 Circuit Road sekitar 9.20 malam.



Dua ambulans dihantar ke tempat kejadian dan penunggang motosikal itu, seorang lelaki berusia 26 tahun, dan wanita itu dihantar ke Hospital Tan Tock Seng.



Namun, wanita itu meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.



Akhbar bahasa Mandarin Lianhe Wanbao melaporkan bahawa wanita itu dipercayai seorang penduduk di kawasan itu dan sedang menyeberang jalan raya apabila kemalangan berlaku.



Difahami, beliau baru sahaja membeli makanan dari pusat penjaja makanan yang berhampiran.



Seorang saksi memberitahu Wanbao bahawa penunggang motosikal itu kelihatan hilang kawalan motosikal dan kemudian merempuh perhentian bas, menyebabkan penunggang terhumban ke jalan raya.



Laporan Wanbao itu mengatakan bahawa tiada sesiapa di perhentian bas pada ketika itu.



Polis sedang menjalankan siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >