Subuh
5:35
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:03
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Wanita boleh pilih jalani prosedur pembekuan telur jelang tahun depan

Mar 29, 2022 | 05:30 AM

WANITA berusia 21 hingga 35 tahun- tidak kira sama ada sudah berkahwin mahupun belum- boleh memilih untuk menjalani prosedur pembekuan telur menjelang tahun depan.

Ini untuk membantu golongan wanita yang memilih untuk hamil atau berkahwin pada usia lebih lanjut.

Langkah tersebut akan berkuatkuasa selaras dengan Peraturan Khidmat Bantuan Kehamilan di bawah Akta Khidmat Penjagaan Kesihatan awal 2023.

Berdasarkan pelan tindakan di bawah Kertas Putih mengenai Pembangunan Wanita Singapura yang dibentangkan semalam, hanya pasangan yang sudah berkahwin secara sah boleh menggunakan telur yang dibekukan bagi tujuan kehamilan.

Wanita yang memilih untuk menjalani prosedur tersebut juga perlu menjalani kaunseling untuk memastikan mereka membuat keputusan yang termaklum, menurut Menteri Negara (Pendidikan merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling.

"Sebelum prosedur ini dimulakan, wanita tersebut perlu menjalani kaunseling, untuk membantu beliau membuat keputusan dengan pengetahuan yang lengkap.

"Ini termasuk untuk menerangkan aspek invasif prosedur tersebut, peluang yang berkurangan untuk melahirkan bayi hidup, risiko yang berkaitan dengan kehamilan lewat serta kos operasi dan untuk menyimpan telur yang dibekukan itu akan diterangkan kepada wanita-wanita tersebut," katanya.

Langkah membolehkan pembekuan telur itu merupakan respons terhadap keprihatinan yang telah dikemukakan melalui maklum balas daripada Perbincangan mengenai Pembangunan Wanita Singapura sebelum ini.

Sesetengah daripada mereka mengemukakan keinginan untuk memelihara kesuburan disebabkan keadaan peribadi, contohnya, kerana masih belum bertemu pasangan hidup dan ingin hamil jika berkahwin pada usia lebih lanjut.

Buat masa kini, pembekuan telur hanya dibolehkan berdasarkan sebab-sebab perubatan contohnya mereka yang menjalani rawatan yang boleh menjejas kesuburan seperti rawatan barah.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3