Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita buang 4 kucing di kolong blok didenda $4,000

Jan 06, 2021 | 09:47 PM



OLEH kerana takut keluarganya boleh dijangkiti Covid-19 melalui empat kucing yang dipeliharanya, seorang wanita berusia 45 tahun telah meninggalkan kucing-kucing tersebut di kawasan peti surat blok kediamannya di Marsiling Drive.



Dikenali dengan hanya satu nama, Zariyah didenda $4,000 pada Rabu (6 Jan) dan dilarang menyimpan sebarang haiwan pemeliharaan selama enam bulan, selepas didapati bersalah di bawah Akta Haiwan Liar dan Burung kerana meninggalkan haiwan berkenaan dengan sengaja.



Mahkamah diberitahu sekitar 9 malam pada 28 Mac tahun lalu, seorang penduduk yang sedang berada di kolong Blok 31 Marsiling Drive melihat Zariyah membebaskan empat kucing tersebut daripada sebuah sangkar di kawasan peti surat blok itu, lapor akhbar The Straits Times (ST).



Aduan berkaitan kejadian itu telah dilaporkan kepada Lembaga Taman Negara.



Semasa siasatan dijalankan, Zariyah mengaku dia telah memelihara empat kucing itu di rumahnya sejak sebelum 28 Mac.



Namun disebabkan pandemik Covid-19, Zariyah memutuskan untuk membuang kucingnya kerana dia beranggapan keluarganya mungkin dijangkiti virus itu menerusi haiwan tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >