Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita cedera parah ditimpa pokok tumbang di Jurong

Feb 14, 2017 | 08:46 AM



DALAM kejadian kedua dalam beberapa hari, seorang wanita cedera parah pada Isnin (13 Feb) selepas ditimpa sebatang pokok tumbang di tempat letak car di Yuan Ching Road di Jurong.



Gambar kejadian itu menunjukkan pokok tersebut tumbang di atas pintu penumpang sebuah lori yang terbuka, memecahkan tingkapnya, lapor akhbar The Straits Times.



Ia berlaku di tempat letak kereta sebuah blok apartmen pelajar. Wanita berkenaan, difahamkan sebagai Cik Cher Hwee Hwang, 48 tahun, pergi ke sana untuk menziarahi seorang penyewa di situ.



Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan mengenai kejadian itu pada kira-kira 2.30 petang.



Cik Cher dihantar ke Hospital Ng Teng Fong dan kemudiannya dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Hospital itu berkata beliau dalam keadaan stabil.



Cik Alicia Poon, yang menguruskan apartment itu, berkata ini kali kedua pokok di situ tumbang. Kejadian sebelum ini berlaku tahun lalu tetapi tiada sesiapa cedera.



Beliau, 40-an tahun, bimbang kerana terdapat ramai penduduk dan pengunjung di apartment itu, termasuk profesor dan penyelidik, sesetengah mereka dari luar negara.



Penguasa Tanah Singapura (SLA) berkata pokok-pokok di kawasan itu, yang merupakan tanah pemerintj, dijaga secara tetap.



"Pokok dan tumbuh-tumbuhan hijau di atas tanah negara dijaga dengan tetap.



"Keutamaan kami sekarang ialah memberi bantuan kepada keluarga orang terjejas, yang kami sudah hubungi," kata jurucakap SLA.



Ini kejadian pokok tumbang kedua dalam masa beberapa hari.



Seorang wanita meninggal dunia dan empat orang cedera apabila sebatang pokok tembusu setinggi 40m tumbang di Kebun Bunga Singapura Sabtu (11 Feb) lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >