Subuh
5:38
Syuruk
6:54
Zuhur
12:59
Asar
4:00
Maghrib
7:01
Isyak
8:10
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Wanita dalam kontroversi PA beri respons terhadap keputusan batal perbincangan dengannya

Jun 16, 2021 | 10:17 AM

WANITA yang terlibat dalam kontroversi di mana gambar persandingannya disalah guna sebagai perhiasan Hari Raya memberikan responsnya terhadap keputusan Persatuan Rakyat (PA) membatalkan pertenuan dengannya. 

Pakar komunikasi, Cik Sarah Bagharib berkata is merupakan peluang untuk mengadakan dialog konstruktif. 

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Cik Sarah, 30 tahun berkata beliau kecewa PA memutuskan untuk membatalkan pertemuan dengannya dan suami yang sepatutnya diadakan pada Selasa 10 pagi. 

“Memang privasi dan hak milik intelektual kami terjejas, tapi niat kami memang jelas sejak mula-untuk menjadi warga negara aktif dan menyumbang secara positif untuk memastikan Singapura menjadi tempat yang lebih baik dan inklusif untuk anak kami,” katanya. 

Sebelum ini, gambar persandingan beliau dan suami telah digunakan oleh vendor sebagai standee yang diletakkan di platform yang dihias sempena Hari Raya di samping gambar Anggota Parlimen (AP) Radin Mas Melvin Yong dan ucapannya kepada penduduk yang ditempatkan di estet HDB di kawasan Radin Mas. 

PA telah meminta maaf secara terbuka dan ingin bertemu Cik Sarah dan suami, Encik Razif Abdullah, untuk meminta maaf atas kesilapan itu. 

Namun, PA mengumumkan dalam satu kenyataan Isnin bahawa ia telah membatalkan pertemuan itu kerana tidak bersetuju dengan cara pasangan itu menggambarkan insiden tersebut. 

Menurut PA, beliau telah membuka ruang untuk masyarakat awam menghantarkan mesej dan saranan mereka sebelum pertemuan itu, dan berkata ia tidak dapat lihat bagaimana pertemuan itu “harus dijadikan wadah untuk (Cik Sarah) mengutarakan pandangan dan komen mereka yang tidak ada kaitan dengan insiden itu”

PA juga berkata Cik Sarah menuntut insiden itu rasis dan “meneruskan budaya rasis” dan menafikan tuntutan itu. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3