Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dalam video perkauman didakwa di mahkamah

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang membuat kenyataan berbaur perkauman dalam satu rakaman video tampil di mahkamah daerah semalam dan menghadapi dua tuduhan bagi tindakan yang didakwa "menjejas pemeliharaan keharmonian antara pelbagai kumpulan kaum".



Tan Beow Hiong, 57 tahun, juga didakwa dengan satu tuduhan menimbulkan gangguan kepada orang ramai, lapor The Straits Times.



Pada April, warga Singapura itu dikatakan mempunyai saluran di YouTube yang merangkumi beberapa video yang menuduh sikap perkauman atau gangguan daripada orang daripada kaum lain.



Dia sedang menaiki kereta api MRT pada 21 April apabila dia didakwa mengganggu penumpang lain dan membuat komen menghina tentang mereka.



Tan dituduh menimbulkan gangguan kepada orang ramai dalam satu lagi kejadian dalam kereta api MRT pada 11 Mei lalu.



Dalam kejadian itu, dia didakwa bercakap dengan kuat di dalam kereta api itu, dengan menyatakan bahawa dia tidak bersikap perkauman.



Dia juga dikatakan telah membuat kenyataan seperti: "Kami sangat berbeza."



Tan menarik perhatian awal tahun ini setelah dia dirakam menyoal penumpang mengenai kaum mereka di kereta api MRT.



Kedua-dua saluran YouTube dan pekerjaannya sebagai ejen hartanah telah diberhentikan.



Dalam satu catatan di Facebook sebelum ini, syarikat perunding hartanah, Knight Frank Singapura berkata bahawa ia sedar tentang tingkah laku wanita tersebut, yang sebelum ini merupakan rakan bersekutu dalam syarikat itu.



Syarikat itu menambah bahawa salah satu nilai utamanya adalah untuk menjadi "perniagaan yang bertanggungjawab terhadap orang ramai dan masyarakat" dan bahawa ia "tidak mempunyai toleransi terhadap ucapan kebencian dan perkauman yang mengancam asas-asas pembangunan Singapura".



Tan juga telah dikeluarkan dari daftar awam Majlis Agensi Hartanah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >