SEORANG wanita berusia 60-an tahun dan seorang budak lelaki berusia empat tahun berjaya dikeluarkan dari sebuah flat yang terbakar (gambar) di Punggol semalam.
Wanita tersebut mengalami kelecuran darjah pertama dan terhidu asap sebelum dikejarkan ke Hospital Besar Singapura (SGH).