Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dan suami didapati bersalah dera amah

Sep 30, 2017 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang menggunakan pelbagai perkakas rumah - seperti tukul besi, pisau pencencang, galah dan batu lesung - memukul pembantu rumah warga Indonesianya sehingga menyebabkan kecederaan kekal, disabit atas kesalahan mendera pembantu rumah selepas perbicaraan selama 17 hari.



Turut disabitkan bersama Zariah Mohd Ali, 56 tahun, adalah suaminya, pengawal keselamatan, Mohamad Dahlan, 58 tahun, yang menghadapi satu tuduhan memukul kepala pembantu rumah itu, Cik Khanifah, menggunakan penutup kuali di rumah flat mereka di Woodlands antara Jun dan Disember 2012.



Zariah menghadapi 28 tuduhan mendera pembantu rumah dan dua lagi tuduhan di bawah Akta Pengambilan Tenaga Kerja Warga Asing.



Dia minta dibicarakan atas 12 tuduhan, termasuk memukul bahagian belakang kepala dan mulut pembantu rumahnya denga tukul; memukul telinga kiri dengan buluh; memukul dahinya dengan anak lesung; menikam bahu kirinya dengan gunting; dan menolak jari kelengkeng kirinya dengan kuat.



Mahkamah diberitahu bahawa pembantu berusia 37 tahun yang berasal dari sebuah kampung di Indramayu, Indonesia, itu datang ke Singapura untuk bekerja dengan pasangan itu pada akhir November 2011.



Ini merupakan pekerjaan pertamanya di Singapura.



Menurut akhbar The Straits Times, pada awalnya hubungan antara pembantu rumah itu dengan majikannya agak baik, tetapi tidak lama selepas pemeriksaan doktor selepas enam bulan beliau bekerja, hubungan mereka menjadi buruk.



Majikannya mula memarahi dan mendera beliau.



Antara kes penderaan yang dilakukan Zariah adalah memukul kepala mangsa dengan tukul sebanyak lima kali.



Kesalahan majikan tersebut dikesan apabila Cik Khanifah dihantar pulang secara mengejut pada 19 Disember 2012.



Hakim Daerah Luke Tan berkata bahawa mangsa berada dalam keadaan lemah kerana tidak fasih berbahasa Inggeris, tidak mempunyai rakan di sini dan tidak tahu hendak melarikan diri ketika berada di rumah pasangan itu.



Kes itu ditangguhkan sehingga 23 November ini bagi membolehkan pendakwa menyarankan hukuman yang harus dijatuhkan mahkamah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >