Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Wanita dedahkan orang lain kepada risiko Covid-19 setelah kembali ke SG dijel 12 minggu

Aug 31, 2021 | 05:30 AM



SEORANG wanita yang mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan Covid-19 setelah kembali ke Singapura dari Britain tahun lalu dijatuhi hukuman penjara 12 minggu semalam.



Esther Tan Ling Ying, yang tiba di sini pada Mac tahun lalu, diuji positif Covid-19 seminggu kemudian.



Pada 16 Ogos tahun ini, Hakim Daerah Ng Peng Hong mendapati warga Singapura berusia 24 tahun itu bersalah di bawah Akta Penyakit Berjangkit, dalam satu perbicaraan.



Tan memulakan kursus sarjana muda dalam bidang lakonan di London pada 2017, tetapi kembali ke sini tahun lalu sebelum menamatkan pengajiannya, berikutan nasihat pemerintah Singapura agar kembali.



Sebelum meninggalkan Britain, dia mengalami gejala seperti selesema dan kehilangan deria rasa dan bau.



Dia tidak berjumpa doktor di sana dan memilih mengasingkan diri sehingga dia berangkat dari London, lapor The Straits Times.



Tan masih mengalami hidung tersumbat dan kehilangan rasa serta bau semasa mendarat di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi pada 23 Mac tahun lalu.



Dia diberi Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan seorang pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan menyuruhnya segera pulang. Dia melepasi imigresen itu kira-kira 2.40 petang.



Namun sebelum pulang, dia dan ibu bapanya makan di pusat makanan di Terminal 1, dengan meluangkan kira-kira 30 minit di sana.



Mereka juga menaiki kereta api MRT ke Clementi, sebelum Tan dan ibunya pergi ke Klinik Keluarga dan Estetik Clementi di Clementi Avenue 3, berhampiran rumah mereka.



Tan, yang berjumpa doktor sekitar 5.30 petang itu, kemudian berbohong mengenai sejarah perjalanannya untuk mendapatkan ubat.



Doktor tersebut memberi keterangan bahawa Tan memberitahunya bahawa dia belajar di sebuah sekolah drama, tetapi mendakwa berada di Singapura sejak Januari tahun lalu.



Doktor itu berkata Tan mendakwa dia tidak pulang ke Britain kerana ibu bapanya prihatin tentang virus itu, dan berkata dia telah "terselamat".



Tan kemudian diuji positif Covid-19 pada 30 Mac tahun lalu.



Semasa perbicaraan, Tan mendakwa dia tidak mengesyaki dia mempunyai virus itu, dan bahawa arahan SHN membingungkan.



Timbalan Pendakwa Raya Nicholas Lim menolak dakwaan Tan, dengan mengatakan bahawa dia menyedari sepenuhnya kepentingan SHN dan tahu bahawa dia berpotensi dijangkiti Covid-19.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >