Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dera amah hingga buta dihukum penjara 10 tahun, denda $4,500

Oct 26, 2022 | 05:30 AM



SEPANJANG enam bulan, seorang wanita mendera pembantu rumah warga Indonesianya dengan menumbuknya berulang kali, dan pada satu insiden memukul matanya menggunakan penyangkut pakaian, menyebabkan beliau kehilangan penglihatan.



Semalam, Ummi Kalsum Ali, 43 tahun, dihukum penjara 10 tahun dan didenda $4,500.



Dia mengaku bersalah bagi enam pertuduhan, termasuk sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas pembantu rumahnya dan menganiayai beliau dengan tidak memberinya rawatan perubatan.



Tuduhan lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Mahkamah diberitahu bahawa mangsa, Cik Sugiyem Samad Radimah, 51 tahun, mula bekerja dengan Ummi sebagai pembantu rumah pada Ogos 2019.



Pada April 2020, Ummi melihat mangsa tidak memakai tudung hingga menyebabkan telinganya terdedah. Dia menampar muka dan telinga beliau berulang kali hingga menyebabkan telinga kirinya bengkak dan mengeras.



Setelah memerhatikan telinga Cik Sugiyem bengkak, Ummi tidak memberinya sebarang bantuan perubatan dan tidak membawanya berjumpa doktor.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP), Encik Yang Ziliang, berkata akibat serangan berkali-kali pada telinga mangsa, telinga kirinya menjadi cacat.



Dalam kejadian sama pada April 2020, Ummi turut menumbuk kedua-dua mata mangsa berulang kali. Apabila Cik Sugiyem cuba melindungi matanya daripada pukulan itu, Ummi memegang dan menarik sebelah tangannya ke bawah dan terus menumbuk kedua-dua mata pembantu rumah itu.



DPP Yang berkata pembantu itu hilang penglihatan di mata kanannya selepas salah satu tumbukan tertuduh.



"Tertuduh, bagaimanapun, menolak permintaannya untuk mendapatkan rawatan perubatan dan mengancam jika beliau keluar rumah, beliau tidak boleh pulang lagi," kata DPP Yang.



Antara April 2020 dan September 2020, Ummi terus memukul kedua-dua mata mangsa, walaupun mengetahui bahawa dia telah kehilangan penglihatan sepenuhnya di mata kanannya. Selepas satu daripada serangan itu, Cik Sugiyem benar-benar kehilangan penglihatan pada mata kirinya.



Pada Oktober 2020, mangsa dihantar pulang ke Indonesia. Kecederaannya akhirnya diketahui selepas beliau kembali ke Semarang. Beliau kemudian diterbangkan kembali ke Singapura untuk membantu siasatan.



Berat badan Cik Sugiyem 52.8 kilogram pada Februari 2021, berbanding 76 kilogram pada Julai 2019 apabila beliau menjalani pemeriksaan perubatan prapekerjaan yang diarahkan Kementerian Tenaga Manusia (MOM).



Meminta Ummi dihukum penjara 10 tahun, kata DPP Yang berkata mangsa datang ke Singapura untuk bekerja dan mencari nafkah yang jujur, tetapi malangnya mengalami penderaan fizikal berpanjangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >