SEORANG wanita Vietnam berusia 39 tahun telah didakwa membunuh seorang lelaki berusia 52 tahun pada Khamis (15 Julai).
Nguyen Ngoc Giau yang mengalami kecederaan semasa serangan itu kini dirawat di hospital dan didakwa melakukan pembunuhan hari ini (16 Julai).
Dia dikatakan membunuh Encik Choy Wang Keung di koridor tingkat lima Blok 562 Ang Mo Kio Avenue 3 pada sekitar 1 pagi Khamis.
Giau dan mangsa ditemui di luar sebuah flat dengan beberapa luka setelah polis diberitahu tentang pertelingkahan di blok tersebut.
Menurut polis, pasangan tersebut, yang saling mengenali, dibawa ke hospital tetapi Encik Choy meninggal dunia akibat kecederaannya itu.
Kes Giau ditangguh kepada 6 Ogos nanti.
Jika disabitkan kesalahan, Giau menghadapi hukuman mati. - The Straits Times