Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita didenda $32,000 kerana tidak bayar GST

Sep 21, 2018 | 06:03 PM



SEORANG wanita warga Singapura berusia 42 tahun didenda sekitar $32,000 semalam (20 September) selepas mengaku bersalah tidak mengisytihar bahawa dia membawa masuk barangan yang boleh dikenakan cukai ke Singapura.



Tammy Tien Mi mempunyai 30 barang berjenama yang bernilai lebih $469,890 semasa pulang ke sini dari Perancis pada 27 Januari lalu, kata Kastam Singapura menerusi satu kenyataan.



Selepas memberitahu pegawai Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) bahawa beliau tidak mempunyai barangan untuk diisytihar, empat bagasinya dimasukkan ke dalam sebuah mesin pengimbas dan pegawai tersebut menemui beberapa beg tangan di dalam bagasinya.



Pegawai ICA merujukkan wanita itu kepada Kastam Singapura bagi siasatan lanjut dan mereka menemui 30 barang berjenama termasuk beg tangan, kasut, kot, skarf dan pakaian.



Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dibayar bagi kesemua barang itu yang dibeli dari pelbagai butik di Perancis adalah $32,892.78.



GST bagi barang yang bernilai bawah $150 tidak perlu dibayar bagi mereka yang keluar dari Singapura selama kurang 48 jam.



Bagi mereka yang berada di luar Singapura selama lebih 48 jam, mereka tidak perlu membayar GST bagi barang yang bernilai sehingga $600.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >