Subuh
5:34
Syuruk
6:51
Zuhur
12:55
Asar
4:04
Maghrib
6:57
Isyak
8:06
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Wanita dijel 11 bulan kerana dadah dan curi duit ibu $6,200

May 24, 2016 | 02:31 PM

ATAS galakan bekas teman lelakinya, seorang warga China berusia 25 tahun mengambil dadah dan memecah masuk rumah ibunya. Dia melarikan barang kemas dan wang tunai kira-kira $6,200.

Sun Weiyi, seorang Penduduk Tetap (PR), dijatuhi hukuman penjara 11 bulan pada Selasa (24 Mei) bagi tiga tuduhan mencuri dan mengambil dadah, dengan satu tuduhan lain diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.

Mahkamah diberitahu bahawa pada akhir Ogos tahun lepas, Sun, seorang eksekutif gaji di sebuah hotel di Sentosa, pindah keluar dari flat ibunya di Hougang.

Pada 10 Sep, Sun pulang ke flat itu semasa ibunya berada di Vietnam bagi perniagaan.

Dengan berdalih dia mahu mendapatkan semula pasportnya, Sun mengupah seorang tukang kunci untuk membuka peti simpanan ibunya dan mencuri wang tunai kira-kira $6,200.

Bekas teman lelaki Sun, seorang lelaki tidak diketahui bernama James, kemudian memberinya methamphetamine, atau Ice, yang Sun gunakan sendirian di apartmen yang disewanya.

Apabila pulang ke Singapura, ibu Sun menemui peti simpanannya terbuka. Beliau mengesyaki Sun melakukannya dan menghubungi polis.

Polis menangkap Sun pada 8 Okt berhampir flat ibunya dan menemui dadah di dalam beg duitnya.

Bekas teman lelaki Sun melarikan diri dengan wang curi itu.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3