Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DARI MAHKAMAH

Wanita dijel 4 tahun gelapkan $600 ribu dari Bank Negara Indonesia

Jan 06, 2022 | 05:30 AM



DALAM usaha untuk meringankan masalah kewangannya, seorang penyelia di sebuah bank menghubungi apa yang dianggapnya peminjam wang tulen untuk meminjam $25,000.



Ternyata orang yang didekatinya itu merupakan penipu.



Mereka memberitahunya bahawa terdapat caj seperti yuran pentadbiran, dan dalam keadaan terdesak untuk menerima pinjaman tersebut, dia memutuskan untuk menyalahgunakan wang yang diamanahkan kepadanya di tempat kerjanya untuk membayar penipu itu.



Nurashikeen Sinin pada ketika itu bekerja di P.T. Bank Negara Indonesia di pusat beli-belah City Plaza di Geylang Road, lapor The Straits Times.



Dia mengambil lebih $600,000 dari 13 Oktober 2020 hingga 12 November 2020 daripada bank tersebut dan memindahkan wang itu kepada penipu itu.



Bank itu menerima maklumat tentang hal tersebut dan Nurashikeen mengakui kesalahannya kepada ketua perkhidmatan pelanggan pada 13 November 2020.



Dia dipecat pada keesokan harinya.



Nurashikeen, seorang muflis, tidak membuat pembayaran balik dan tiada wang tunai berjaya didapatkan kembali.



Warga Singapura berusia 38 tahun itu dijatuhi hukuman penjara empat tahun semalam setelah mengaku bersalah atas satu tuduhan pecah amanah.



Mahkamah diberitahu bahawa Nurashikeen dibebani hutang melebihi $83,000 dan sebahagiannya diperoleh daripada pemiutang wang berlesen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >