DARI MAHKAMAH

Wanita dijel 7 tahun dan 6 minggu kerana terlibat dalam konspirasi peras ugut libatkan lebih $350,000

SEORANG wanita penganggur dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan enam minggu semalam atas peranannya dalam satu kes peras ugut.

Judy Wee Aye Fong, kini 53 tahun, mengaku bersalah atas tiga tuduhan terlibat dalam konspirasi memeras ugut untuk mendapatkan wang tunai AS$250,000 ($354,750) daripada Cik Crystal Lim Chew Kwan, 29 tahun; dan Encik Anthony Ng Moi Keng, 64 tahun, pada 23 Februari 2016.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan