SEORANG wanita yang menipu 94 pekerja Bangladesh sejumlah $57,350 dalam tempoh sekitar setahun setengah dijatuhi hukuman penjara 24 bulan semalam.
Warga Singapura, Mumina Jahabar, 47 tahun, mengaku bersalah atas 15 daripada 94 tuduhan menipu melibatkan $10,470.