SEORANG wanita yang menipu 94 pekerja Bangladesh sebanyak $57,350 selama satu setengah tahun dipenjara 24 bulan pada Rabu (4 Nov).
Mumina Jahabar, seorang warga Singapura berusia 47 tahun, mengaku bersalah bagi 15 daripada 94 tuduhan menipu, melibatkan $10,470.
Baki pertuduhan diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.
Jumlah yang ditipunya antara $350 dengan $800.
Antara Januari 2012 dengan Ogos 2013, Mumina menipu mangsanya kononnya dia akan memohon visa dan permit kerja Canada bagi pihak mereka jika mereka membayarnya.
Mangsa Mumina, yang merupakan pekerja perdagangan dan pembinaan marin, sama ada memindahkan wang ke dalam akaun banknya atau memberinya wang tunai.
Dia tidak berniat memohon visa atau permit kerja Canada bagi mereka mahupun memulangkan wang mereka.
Ibu seorang anak perempuan itu dibenarkan menangguhkan hukumannya hingga Rabu depan.
Dia diberi ikat jamin $15,000.