SEORANG wanita semalam dijatuhi hukuman penjara selama seminggu kerana memberi rasuah $50 kepada pegawai perubatan di berek tahanan Angkatan Bersenjata Singapura (SAFDB).
Lavannya Rajagopal, 25 tahun, mengaku memberi rasuah kepada Chai Yit Hong pada 30 April 2012 sebagai ganjaran menyampaikan barangan, termasuk telefon bimbit dan makanan ringan, kepada teman lelakinya Ranjan Ganeshan.