Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dilantik terajui Mesra

Jul 09, 2019 | 10:01 PM



BUAT julung-julung kalinya, Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) telah melantik seorang wanita - Cik Amatul Jameel Suhani Sujari - sebagai pengerusinya dalam satu majlis Selasa.



Cik Suhani, 50 tahun, menggantikan Haji Omar Ismail, 67 tahun, bagi penggal ke-15 Mesra.



Haji Omar kini penaung kepada Mesra dan akan terus membimbing dan memberi nasihat kepada Mesra dan Jawatankuasa-Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC).



Sementara itu, Encik Muhammad Fauzi Saini, 35 tahun, pula dilantik sebagai pengerusi Jawatankuasa Kecil Belia Mesra.



Seramai 27 ketua masyarakat menerima surat pelantikan mereka daripada Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semasa majlis pelantikan penggal ke-15 Mesra itu di Wisma Geylang Serai tadi.



Turut hadir di majlis itu ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Pendidikan), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, dan Anggota Parlimen (AP) GRC Jurong, Cik Rahayu Mahzam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >