Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dipatuk ular sawa di koridor flat HDB di Sembawang

Oct 11, 2018 | 02:30 PM



 





Seorang wanita dipatuk ular sawa di luar flat HDB tingkat dua di Sembawang.



Sekitar 4 pagi pada Selasa (9 Oktober) Cik Chan Yin Ha, 45 tahun, sedang mencari kucing peliharaannya di celah pasu tanam-tanaman di koridor flat di tingkat dua itu apabila beliau berasa sakit di kaki kirinya.



 



Sangkanya, kucingnya telah mencakarnya dan beliau cuba menendang kucingnya keluar.



Namun, Cik Chan melihat ular sawa sepanjang tiga meter dan berlari meninggalkan tempat itu, dengan kakinya berlumuran darah.



Polis yang tiba di tempat kejadian - dipanggil seorang jiran yang melihat darah di luar rumahnya - menjejaki Cik Chan sehingga ke rumahnya di tingkat tiga,



Menurut Cik Chan, polis menghubungi agensi kawalan haiwan untuk membantu menangkap ular.



Bercakap kepada The Straits Times, Cik Chan berkata beliau menerima rawatan di Hospital Khoo Teck Puat dan diberikan cuti rehat empat hari.



Menurut Cik Chan, ini adalah kali kedua, sejak 2016, beliau melihat ular di kawasan itu.



Tambah beliau, beliau tidak lagi akan membenarkan kucingnya - yang akhirnya ditemuinya dalam keadaan selamat -  berkeliaran di kawasan rumahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >