Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dipenjara 4 minggu kerana lontar hinaan kaum dalam bas

Jun 23, 2021 | 03:59 PM



SEORANG wanita yang melontarkan hinaan dan kata-kata tidak senonoh berbaur perkauman terhadap wanita lain dalam bas selama tujuh minit dipenjara empat minggu pada Rabu (23 Jun).



Mahkamah diberitahu Siti Ai'sha Jaffar, 40 tahun, memanggil wanita Singapura, Cik Danaletchmi Selvam, 33 tahun, "orang India bodoh" meskipun Cik Danaletchmi tidak melakukan apa-apa terhadapnya.



Siti Ai'sha, yang tidak mewakili peguam muncul menerusi pautan video, berkerut dahinya sambil menundukkan kepalanya ketika dua klip video berhubung dengan peristiwa itu dimainkan di mahkamah.



Dalam menjatuhkan hukuman bagi menghalang perbuatan susulan, Hakim Daerah Tan Jen Tse berkata "tiada sebab kesalahan sedemikian...boleh diterima dalam masyarakat kita..."



Mahkamah diberitahu kejadian itu berlaku pada 3 September tahun lalu sekitar 9.30 pagi selepas mangsa menaiki khidmat bas nombor 182 dari Pusat Pemeriksaan Tuas.



Beliau sedang mendengar lagu menggunakan fon telinga apabila terpandang Siti Ai'sha menuding jari dan memandang ke arahnya.



Dalam dua klip berkenaan yang dimainkan di mahkamah yang dirakam mangsa sendiri, Siti Ai'sha boleh dilihat membuat isyarat tangan dan memekik ke arah wanita itu dengan memanggilnya "orang minoriti".



Dalam klip pertama selama 15 saat, kedengaran suaranya berkata: "Hati kau pun hitam...semuanya hitam" dan dalam klip kedua selama 4 minit 21 saat, dia berkata: "orang India bodoh...kau orang India, hitam legam...Aku benci warna kulit kau...Aku tak suka muka kau".



Selepas merakam aksi si tertuduh seketika, mangsa bertanya kepada Siti Ai'sha apakah kesilapannya tetapi Siti Ai'sha terus melontar kata-kata hina terhadap mangsa, jelas pihak pendakwa.



Mangsa kemudian menghubungi polis dan memberitahu kapten bas agar menghentikan bas itu di Wisma Teroka Singapura.



Timbalan Pendakwa Raya Kwang Jia Min berkata serangan itu langsung tidak berpunca daripada tindakan mangsa dan ditujukan kepada warna kulitnya lantas menggesa mahkamah agar menjatuhkan hukuman penghalang perbuatan susulan, sambil menyentuh tentang beberapa peristiwa berbaur perkauman yang berlaku dalam ruang awam sejak akhir-akhir ini.



Di atas kesalahan melontarkan kata-kata yang secara sengaja mengguris perasaan dan berbaur penghinaan pada agama atau kaum lain, Siti Ai'sha boleh dipenjara hingga tiga tahun, didenda atau dikenakan hukuman kedua-duanya sekali.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >