Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dipenjara 6 minggu kerana ancam ibu dengan pisau

Sep 02, 2021 | 10:57 PM



SEORANG wanita 35 tahun mengancam ibunya yang berusia dengan pisau dan mengambil gambar tindakannya bagi memaksa penyelianya agar meminjamkannya $50.



Chua Hui Shan dihukum penjara enam minggu pada Rabu (1 September) selepas mengaku bersalah di atas satu kesalahan jenayah menakut-nakutkan orang lain.



Tuduhan kedua di bawah Akta Perlindungan Daripada Gangguan dipertimbangkan dalam memberi hukuman.



Mahkamah diberitahu Chua yang tinggal bersama ibunya bekerja sebagai juruwang di pasar raya Sheng Siong di Chin Swee Road.



Pada 12 Jun, Chua meminta penyelianya meminjamkannya $50 kerana menurutnya, dia berhutang wang kepada peminjam wang tidak berlesen.



Apabila permintaannya ditolak, Chua mengirim pesanan audio menerusi WhatsApp kepada penyelianya dalam bahasa Mandarin. Katanya: "Kalau awak tidak meminjamkan saya wang, saya akan membunuh ibu saya. Saya berani melakukannya, kalau awak tak percaya, awak boleh cuba."



Dia kemudian mengambil pisau dari dapur dan mendekati ibunya yang berusia 71 tahun di ruang tamu.



Dia meletakkan pisau itu berhampiran dengan leher ibunya dan memberitahu si ibu dia mahu membunuhnya.



Selepas mengambil gambar perbuatannya itu, dia menolak ibunya dan mengirim gambar itu kepada penyelianya.



Terkejut dengan tindakannya, penyelianya memberitahu pengurus stor mengenai kejadian itu. Apabila Chua tidak menjawab panggilan telefon pengurusnya, si pengurus menghubungi polis.



Chua ditangkap pada hari yang sama.



Bagi setiap kesalahan jenayah menakut-nakutkan orang lain, Chua boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda.



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >