Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dipenjara 7 bulan kerana guna data pekerja asing untuk peroleh 397 pelitup Temasek

Jan 17, 2022 | 07:06 PM



SEORANG pegawai pengambil pekerja menggunakan nombor pengenalan asing (FIN) pekerja asing untuk mendapatkan 397 pelitup Yayasan Temasek agar dia boleh berkongsi dengan teman dan keluarganya, mahkamah diberitahu pada Isnin (17 Januari).



Warga Singapura ini mengedarkan pelitup muka percuma yang keseluruhannya bernilai $3,176 dalam dua sesi edaran. 



Chua Sah May, 48 tahun, mengaku bersalah atas dakwaan menipu Yayasan Temasek agar mengeluarkan pelitup muka untuknya lantas dipenjara selama tujuh bulan.



Mahkamah diberitahu ketika kejadian, Chua bekerja sebagai pegawai pengambil pekerja yang ditugaskan ke firma pengeluaran Clariant Singapore dan Achroma Singapore untuk mengendalikan daftar gaji dan urusan pas kerja.



Namun, antara Jun dengan September 2020, dia menggunakan butiran FIN yang diamanahkan kepadanya untuk mendapatkan kit pelitup yang boleh digunakan semula yang diberi kepada semua warga Singapura untuk membantu masyarakat kekal selamat daripada koronavirus.



"Chua memilih FIN pekerja asing syarikat-syarikat ini yang dia percayai telah meninggalkan Singapura atau tidak boleh memasuki Singapura kerana sekatan pandemik Covid-19," kata Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Louis Ngia.



Mahkamah diberitahu dia akan menyalin butiran peribadi mereka pada sekeping kertas dan kemudian menekan kod itu pada mesin layan diri di Kelab Masyarakat Yio Chu Kang. Dia melakukannya sebanyak 397 kali.



Pada Oktober 2020, seorang pengurus jualan warga asing di Clariant South East Asia melaporkan perkara ini kepada polis apabila beliau tidak boleh mengambil pelitup wajah itu daripada mesin layan diri yang memberi maklumat bahawa beliau telah mengambil pelitup itu seminggu lalu.



Keratan video keselamatan merakam video Chua menaip FIN pekerja asing pada mesin layan diri yang mengeluarkan kit pelitup buatnya.



Dia ditangkap dan menyerahkan 454 kit pelitup Yayasan Temasek yang tersimpan di rumahnya tetapi tidak dapat diterima firma itu kerana sebab kebersihan, kata DPP Ngia, yang menggesa hukuman penjara sekurang-kurangnya tujuh bulan buat Chua.



Beliau menambah Chua telah mengeksploitasi inisiatif penting oleh Yayasan Temasek dalam memberi pelitup percuma kepada penduduk untuk mengekang penularan Covid-19.



"Dia mengambil pelitup yang boleh digunakannya selama lebih 66 tahun. Melihat perkara ini, kesalahan yang tertuduh, justeru itu, adalah yang menggambarkan rasa tamak dan tidak peduli pada keperluan orang lain dalam masyarakat," jelas DPP Ngia.



Meminta hakim agar memberi hukuman penjara enam bulan buat Chua, peguam bela Ramesh Tiwary berkata: "Chua sangat menyesali perbuatannya dan tidak boleh menjelaskan kebodohan tindakannya itu. Dia telah mengambil pelitup itu kerana dia mahu berkongsinya dengan teman dan keluarganya."



Menjawab pertanyaan The Straits Times, seorang jurucakap Yayasan Temasek memberi amaran kepada sesiapa yang secara tidak jujur merampas hak orang lain daripada mendapatkan pelitup itu menerusi cara yang palsu dengan menyatakan mereka akan ditangani sejajar dengan undang-undang.



Beliau menambah mesin layan diri yayasan ini dilengkapi dengan kamera keselamatan.



Penduduk yang mempunyai sebarang isu mendapatkan pelitup boleh e-mel kepada staymasked@temasekfoundation.org.sg



Edaran pelitup percuma ini disediakan hingga Ahad (23 Januari).



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >