Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dipenjara kerana lindungi suami yang rogol anak saudara

Jun 21, 2016 | 02:38 PM



SEORANG wanita menyuruh anak saudaranya yang dirogol suaminya supaya jangan beritahu doktor dia telah minum bahan peluntur, agar kesalahan seksual suaminya tidak terdedah.



Pada Selasa (21 Jun), wanita berusia 47 tahun itu dihukum penjara enam bulan selepas mengaku bersalah sengaja menghalang proses keadilan pada 20 Disember 2012.



Tuduhan kedua gagal melaporkan perbuatan suaminya merogol remaja berusia 14 tahun itu diambil kira semasa hukuman dijatuhkan.



Suaminya, 55 tahun, sedang menjalani hukuman penjara 20 tahun kerana rogol, serangan seksual dan mencabul remaja tersebut pada 2010 dan 2012, ketika dia berusia 12 dan 13 tahun.



Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Michael Quilindo berkata wanita itu, seorang penjaja di kantin sekolah, sedang tidur di bilik tidur utama flat mereka pada 20 Disember 2012 apabila suaminya mengejutkannya selepas menyerang remaja itu secara seksual di ruang tamu.



Gadis itu kemudian bertanya ibu saudara sebelah bapanya itu apa akan berlaku jika seseorang minum bahan peluntur. Ibu saudaranya berkata orang itu akan rasa "terbakar" dan "gelembung di dalam mulut".



Dek berasa tidak keruan mengenai serangan itu, mangsa mengisi air, bahan peluntur dan serbuk sabun dalam satu cawan dan meminumnya hingga muntah.



Wanita itu terdengar anak saudaanya menjeluak teruk dan muntah di dalam bilik. Namun, suami wanita itu mendesaknya supaya jangan menghantar mangsa ke hospital, dengan berkata ia akan menyebabkan laporan polis dibuat.



Wanita itu menghantar mangsa ke sebuah klinik swasta dan menyuruhnya jangan beritahu doktor apa yang dia minum.



Beberapa hari kemudian, dia memberi anak saudaranya $50, dengan berkata duit itu pemberian seorang saudara.



Mengetahui apa yang berlaku antara suami dan anak saudaranya, wanita itu meminta mangsa memberinya satu lagi peluang untuk "melindunginya".



"Oleh kerana mangsa kasihankan ibu saudaranya dan tidak mahu menimbulkan masalah dalam keluarga, dia berdiam diri tentang kesalahan itu hingga ketiadaan ketaranya dari sekolah pada Januari 2013 disoal oleh kaunselor," kata DPP Quilindo.



Encik Rajan Supramaniam, yang ditugaskan di bawah Skim Bantuan Guaman Jenayah, berkata anak guamnya amat menyesali perbuatannya dan melakukannya kerana buta dek cinta dan taat pada suaminya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >