Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita dipenjara setelah belasah bekas temanita dan mengurungnya dalam flat selama 9 hari

Jul 02, 2019 | 08:09 AM



TIDAK puas hati dengan bekas temanitanya, seorang pekerja kedai donat dan tiga lelaki membelasah seorang wanita di sebuah flat di Marsiling dan mengurungnya selama sembilan hari.



Mangsa berusia 34 tahun itu disuruh melakukan kerja rumah dan tidur di lantai ruang tamu, menurut laporan The Straits Times.



Noorfarahain Mohd Noorudin juga memaksa bekas temanitanya itu berbogel, mengambil gambarnya dan mengancam menggunakan gambar tersebut dengan berkata:



"Ini maruah kau. Jadi ingat sebelum kau nak lakukan apa-apa. Kalau kau cuba nak lari, aku akan jadikan gambar ini tular di Internet."



Semalam, Noorfarahain, 27 tahun, dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun dan dua bulan selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan serangan, intimidasi jenayah, pemerasan, perkurungan salah dan pengambilan dadah methamphetamine.



Dia juga harus menghabiskan tambahan enam minggu dalam penjara sebagai ganti sebatan bagi caj peras ugut.



Mahkamah diberi tahu bahawa kedua-dua wanita itu menjalin hubungan cinta antara November 2016 dengan November 2017.



Pada Januari 2018, Noorfarahain, yang sudah bercerai, menjalin hubungan dengan saudaranya, Muhammad Indra Mohamed Yusli, 23 tahun.



Mangsa telah dibelasah Noorfarahain, Indra dan dua lagi lelaki lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >