Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wanita ditangkap atas dakwaan bunuh bapa di Sengkang, bakal dihadap ke mahkamah Sabtu

Nov 04, 2022 | 01:44 PM



POLIS telah memberkas seorang wanita berusia 31 tahun kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan bapanya di Blok 190A Rivervale Drive di Sengkang.



Polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata ia menerima panggilan bagi bantuan sekitar 5.30 pagi Jumaat (4 November).



"Sejurus tiba sahaja, pegawai polis mendapati lelaki berusia 67 tahun itu terbaring kaku dengan beberapa kecederaan di dalam unit flat itu," kata polis dalam kenyataannya.



Lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh paramedik SCDF manakala polis pula memberkas wanita berkenaan di flat itu.



Apabila akhbar The Straits Times tiba di lokasi kejadian sekitar 9 pagi, lima kenderaan polis termasuk tiga kereta dan sebuah van forensik diletakkan di kawasan perkarangan blok Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) itu.



Tiga pegawai polis kemudian dilihat sedang menggeledah pelongsor sampah di kolong blok dengan bantuan tiga pekerja pembersihan.



Seorang penduduk berusia 60-an tahun pula menjelaskan beliau sedang berjalan di situ apabila terlihat pegawai polis tiba sekitar 6.45 pagi.



"Sudah tiga jam berlalu dan polis masih lagi menggeledah pelongsor sampah itu," katanya.



Tingkat 15 flat berkenaan itu telah diadang polis dengan beberapa pegawai polis kelihatan berbual dengan beberapa jiran mangsa dan tertuduh.



Dua jiran bersebelahan mereka yang menetap di situ selama 23 tahun, Cik Lalitha Sivalingam dan Cik Vathembal Kandasamy, berkata isteri lelaki yang dibunuh baru meninggal dunia kerana barah dua bulan lalu manakala si mangsa pula mengalami strok sejak 10 tahun lalu.



"Mereka adalah jiran yang pendiam yang jarang dikunjungi ramai," kata Cik Lalitha.



Wanita itu dijadualkan didakwa di mahkamah pada Sabtu (5 November) atas kesalahan membunuh, yang membawa pada hukuman gantung.



Siasatan polis terus dijalankan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >