Wanita ditangkap atas dakwaan rakam video mandikan majikan berusia, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:51
Asar
4:07
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Wanita ditangkap atas dakwaan rakam video mandikan majikan berusia

Oct 13, 2021 | 06:10 PM

POLIS telah memberkas seorang wanita 33 tahun yang dituduh merakam video dirinya memandikan majikannya yang merupakan seorang warga emas.

Dia dikatakan memuatnaikkan video itu di media sosial, jelas polis dalam satu kenyataan pada Rabu (13 Oktober). Wanita ini dipercayai menyebar video-video dalam simpanannya itu kepada orang lain.

Wanita ini ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kesalahan merakam video intaian dan mengedar rakaman intim melibatkan mangsa yang lemah dan terdedah pada bahaya fitnah.

Satu laporan polis dibuat pada 3 Januari tahun ini.

Wanita ini akan dihadapkan ke mahkamah pada Khamis.

Halal Home Based Business
Lauk Malam Raya by ZaraRasya

Yang pasti puas hati! FREE DELIVERY & 1.5l bottled...

OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Pihak polis tidak bertolak ansur ke atas mereka yang melakukan kesalahan terhadap mangsa yang lemah dan tidak akan teragak-agak bagi mengambil tindakan ke atas pesalah yang berbuat demikian," jelas kenyataan itu lagi.

Pesalah yang didapati bersalah merakam video intaian mangsa yang lemah boleh dipenjara hingga dua tahun dan didenda atau dirotan.

Mereka yang mengedar rakaman intim mangsa lemah ini juga boleh dipenjara hingga lima tahun dan didenda atau dirotan.

Rotan, bagaimanapun, hanya buat lelaki berusia antara 18 dengan 50 tahun.

 

 

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map