Wanita ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes tipu, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Wanita ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes tipu

Jun 19, 2018 | 04:44 PM

SEORANG wanita berusia 37 tahun ditangkap semalam (18 Jun) kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes penipuan.

Wanita itu telah mendekati penduduk di Edgefield Plains di Punggol untuk meminta pinjaman antara 15 dengan 16 Jun lalu.

Beliau telah berjanji untuk memulangkan wang yang dipinjam itu, iaitu antara $100 dengan $150, dan memberikan nombor telefonnya.

Namun, beliau tidak dapat dihubungi selepas menerima wang tersebut, kata polis menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut polis, mereka menerima beberapa laporan yang menyatakan bahawa wanita itu mendakwa perlu meminjam wang kerana pelbagai sebab termasuk bil perubatan anggota keluarganya.

Halal Home Based Business
OKathira!

Air kathira luar biasa. Banyak inti, tak rugi!

SpicyLoverKitchen

Lemang Set dengan Rendang & Serunding!

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

Wanita itu juga telah memberi nombor telefon yang palsu kepada individu yang telah meminjamkannya duit itu.

Wanita itu ditangkap di Edgeview Walk, dekat Edgefield Plains, semalam.

Siasatan masih dijalankan.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map